Saturday, May 3, 2014
Wednesday, April 30, 2014
WATIKAH PERLANTIKAN SEBAGAI KETUA KAMPUNG MERANGKAP PENGERUSI JKKK
Penyampaian Watikah Perlantikan Sebagai Ketua Kampung Merangkap Pengerusi JKKK Daerah Kuala Kangsar Perak (Parlimen Kuala Kangsar, Parlimen Sungai Siput Dan Parlimen Padang Rengas) Bermula 1 APRIL 2014 HINGGA 1 MEI 2015 Telah diadakan Pada:-
Tarikh:
30 April 2014 (Rabu).
Masa:
Jam 4.00 Petang.
Tempat:
Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah,
Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.
Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.
ASET JKKK KAMPUNG PAYA PANJANG YANG DISERAHKAN OLEH SETIAUSAHA TERDAHULU KEPADA SETIAUSAHA BARU
Aset diatas adalah kepunyaan JKKK Kampung Paya Panjang yang telah diserahkan oleh S/U terdahulu iaitu Tn. Haji Abdullah Bin Yahaya kepada S/U Baru iaitu En. Kamarul Zaman Bin Yaakub. Penyerahan tersebut telah dibuat pada hari Isnin 28 April 2014 jam 5.30 petang dan disaksikan oleh Pengerusi JKKK Kampung Paya Panjang iaitu Tn. Haji Berlia Bin Haji Ismail.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
Set Komputer (CPU, Monitor Printer, Tetikus, Papan Kekunci dan Speaker) |
Printer Canon MP258 |
CPU ACER Model: Aspire M1930 |
Sunday, April 27, 2014
UCAPAN PENGERUSI DALAM MESYUARAT JKKK BULAN APRIL 2014 PADA 25 APRIL 2014
Ringkasan Ucapan Pengerusi JKKK Kampung Paya Panjang
~Pengerusi JKKK, Tn. Haji Berlia Bin Haji Ismail
mengucapkan salam ‘Assalamualaikum’,
‘Salam 1Malaysia’ dan ‘Salam Perak Amanjaya’ kepada semua AJK
yang hadir ke mesyuarat JKKK baru kali Pertama
2014 pada tahun ini. Beliau
mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang baru dilantik dan kepada AJK
lama yang dilantik semula untuk sesi 2014/2015.
Beliau mengharapkan agar semua
jawatankuasa yang baru ini akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam
meningkatkan serta memajukan kampung Paya Panjang disamping mengekalkan tahap
keselamatan kampung. Beliau juga
memaklumkan bahawa kawasan sempadan baru JKKK Paya Panjang meliputi 169 buah
rumah sahaja.
Pengerusi
mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir kerana telah bersetuju
dengan beliau untuk melantik En. Kamarul Zaman Bin Yaakub sebagai Setiausaha
baru dan Tn. Haji Isa Anshori Bin Haji Ismail sebagai Bendahari baru JKKK Paya
Panjang. Beliau seterusnya menjelaskan
betapa pentingnya Ketua UMNO Cawangan berada dalam JKKK kerana dapat mengetahui
perkembangan terkini melibatkan ‘pentadbiran politik’ dan Ketua Kampung pula
menerusi Pentadbir Pejabat Daerah yang merangkumi peringkat akar umbi.
Pengerusi
juga memaklumkan bahawa, pihak pentadbiran daerah (Pejabat Daerah) telah
mengarahkan agar mesyuarat JKKK diadakan pada awal bulan iaitu diantara 1hb hingga 10hb pada setiap bulan. Mulai mesyuarat JKKK akan datang, beliau akan
menjemput wakil daripada jabatan-jabatan kerajaan yang berkenaan untuk hadir
bersama dalam setiap mesyuarat bagi menjelaskan perkara-perkara yang berkaitan
dengan jabatan yang diwakilinya.
Pengerusi
juga berharap sekiranya ada aktiviti atau program yang dijalankan dan
memerlukan kehadiran Ahli JKKK , AJK yang terlibat hendaklah memberi kerjasama
yang sepenuhnya dalam menjayakan program tersebut.~
Terima Kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)