2014 2015

2014 2015

Jemput


web widgets

Wednesday, April 30, 2014

WATIKAH PERLANTIKAN SEBAGAI KETUA KAMPUNG MERANGKAP PENGERUSI JKKK

Penyampaian Watikah Perlantikan Sebagai Ketua Kampung Merangkap Pengerusi JKKK Daerah Kuala Kangsar Perak (Parlimen Kuala Kangsar, Parlimen Sungai Siput Dan Parlimen Padang Rengas) Bermula 1 APRIL 2014 HINGGA 1 MEI 2015 Telah diadakan Pada:-

Tarikh:
30 April 2014 (Rabu).

Masa:
Jam 4.00 Petang.

Tempat:
Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah,
Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.



ASET JKKK KAMPUNG PAYA PANJANG YANG DISERAHKAN OLEH SETIAUSAHA TERDAHULU KEPADA SETIAUSAHA BARU

Aset diatas adalah kepunyaan JKKK Kampung Paya Panjang yang telah diserahkan oleh S/U terdahulu iaitu Tn. Haji Abdullah Bin Yahaya kepada S/U Baru iaitu En. Kamarul Zaman Bin Yaakub.  Penyerahan tersebut telah dibuat pada hari Isnin 28 April 2014 jam 5.30 petang dan disaksikan oleh Pengerusi JKKK Kampung Paya Panjang iaitu Tn. Haji Berlia Bin Haji Ismail.

Sekian dimaklumkan.  Terima kasih.

Set Komputer (CPU, Monitor Printer, Tetikus, Papan Kekunci dan Speaker)

Printer Canon MP258

CPU ACER Model: Aspire M1930

Monitor Acer

Sunday, April 27, 2014

UCAPAN PENGERUSI DALAM MESYUARAT JKKK BULAN APRIL 2014 PADA 25 APRIL 2014

Ringkasan Ucapan Pengerusi JKKK Kampung Paya Panjang

~Pengerusi JKKK, Tn. Haji Berlia Bin Haji Ismail mengucapkan salam ‘Assalamualaikum’, ‘Salam 1Malaysia’ dan ‘Salam Perak Amanjaya’ kepada semua AJK yang hadir ke mesyuarat JKKK baru kali Pertama 2014 pada tahun ini.  Beliau mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang baru dilantik dan kepada AJK lama yang dilantik semula untuk sesi 2014/2015.  Beliau mengharapkan agar semua jawatankuasa yang baru ini akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam meningkatkan serta memajukan kampung Paya Panjang disamping mengekalkan tahap keselamatan kampung.  Beliau juga memaklumkan bahawa kawasan sempadan baru JKKK Paya Panjang meliputi 169 buah rumah sahaja. 
            Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir kerana telah bersetuju dengan beliau untuk melantik En. Kamarul Zaman Bin Yaakub sebagai Setiausaha baru dan Tn. Haji Isa Anshori Bin Haji Ismail sebagai Bendahari baru JKKK Paya Panjang.  Beliau seterusnya menjelaskan betapa pentingnya Ketua UMNO Cawangan berada dalam JKKK kerana dapat mengetahui perkembangan terkini melibatkan ‘pentadbiran politik’ dan Ketua Kampung pula menerusi Pentadbir Pejabat Daerah yang merangkumi peringkat akar umbi.
            Pengerusi juga memaklumkan bahawa, pihak pentadbiran daerah (Pejabat Daerah) telah mengarahkan agar mesyuarat JKKK diadakan pada awal bulan iaitu diantara 1hb hingga 10hb pada setiap bulan.  Mulai mesyuarat JKKK akan datang, beliau akan menjemput wakil daripada jabatan-jabatan kerajaan yang berkenaan untuk hadir bersama dalam setiap mesyuarat bagi menjelaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan jabatan yang diwakilinya.
            Pengerusi juga berharap sekiranya ada aktiviti atau program yang dijalankan dan memerlukan kehadiran Ahli JKKK , AJK yang terlibat hendaklah memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan program tersebut.~

Terima Kasih.

SENARAI JKKK KAMPUNG PAYA PANJANG 2014 / 2015