2014 2015

2014 2015

Jemput


web widgets

Sunday, April 27, 2014

UCAPAN PENGERUSI DALAM MESYUARAT JKKK BULAN APRIL 2014 PADA 25 APRIL 2014

Ringkasan Ucapan Pengerusi JKKK Kampung Paya Panjang

~Pengerusi JKKK, Tn. Haji Berlia Bin Haji Ismail mengucapkan salam ‘Assalamualaikum’, ‘Salam 1Malaysia’ dan ‘Salam Perak Amanjaya’ kepada semua AJK yang hadir ke mesyuarat JKKK baru kali Pertama 2014 pada tahun ini.  Beliau mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang baru dilantik dan kepada AJK lama yang dilantik semula untuk sesi 2014/2015.  Beliau mengharapkan agar semua jawatankuasa yang baru ini akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam meningkatkan serta memajukan kampung Paya Panjang disamping mengekalkan tahap keselamatan kampung.  Beliau juga memaklumkan bahawa kawasan sempadan baru JKKK Paya Panjang meliputi 169 buah rumah sahaja. 
            Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir kerana telah bersetuju dengan beliau untuk melantik En. Kamarul Zaman Bin Yaakub sebagai Setiausaha baru dan Tn. Haji Isa Anshori Bin Haji Ismail sebagai Bendahari baru JKKK Paya Panjang.  Beliau seterusnya menjelaskan betapa pentingnya Ketua UMNO Cawangan berada dalam JKKK kerana dapat mengetahui perkembangan terkini melibatkan ‘pentadbiran politik’ dan Ketua Kampung pula menerusi Pentadbir Pejabat Daerah yang merangkumi peringkat akar umbi.
            Pengerusi juga memaklumkan bahawa, pihak pentadbiran daerah (Pejabat Daerah) telah mengarahkan agar mesyuarat JKKK diadakan pada awal bulan iaitu diantara 1hb hingga 10hb pada setiap bulan.  Mulai mesyuarat JKKK akan datang, beliau akan menjemput wakil daripada jabatan-jabatan kerajaan yang berkenaan untuk hadir bersama dalam setiap mesyuarat bagi menjelaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan jabatan yang diwakilinya.
            Pengerusi juga berharap sekiranya ada aktiviti atau program yang dijalankan dan memerlukan kehadiran Ahli JKKK , AJK yang terlibat hendaklah memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan program tersebut.~

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment